Saturday 18 February 2012

SEJARAH PENUBUHAN


Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami telah ditubuhkan
 pada tahun 1984 dengan bilangan ahli seramai 34 orang. Pada awal penubuhannya,
 Bulan Sabit Merah SMK Simpang Gelami mengharungi pelbagai tribulasi serta
 kekurangan dari segi kelengkapan, kemahiran dan alatan. Namun, segala kekurangan
 yang ada bukanlah merupakan alasan untuk BSMM SMK Simpang Gelami bergiat aktif
 mendidik para pelajar dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan khususnya dalambidang bidang pertolongan cemas

            Hari ini, BSMM SMK Simpang Gelami merupakan salah satu unit uniform yang
 bergerak aktif bukan hanya di sekolah, malah diperingkat Cabang Yan. Bilangan ahli yang berdaftar juga telah meningkat kepada 51 orang dengan dibantu oleh empat orang guru penasihat.

            BSMM Sekolah Menengah Simpang  Gelami juga bergiat aktif di peringkat

 Daerah Jelebu  dengan menyertai pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan

 antaranya ialah  Di samping itu juga, Ahli PBSMM SMK Simpang Gelami juga telah

 menyertai Perkhemahan Perdana Unit Uniform peringkat sekolah di mana persatuan

 telah menghantar seramai 4 orang pemimpin pelajar menyertainya untuk

 menambahkan ilmu pengetahuan di dalam bidang pengurusan kelab dan unit uniform.

Wednesday 15 February 2012

LAGU BSMM


Click here to Download!
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat